Friday, June 13, 2014

Keluang Hill - Mari Mendaki Bukit Keluang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

First sekali, maaf sebab dah lama tak update blog ni, mood update blog sejak dua menjak ni berlainan. dalam erti kata lain, jarang aaa update blog. so aku nak mintak maaf andai entry ni panjang. sebab aku tak nak janji untuk part yang seterusnya.


Okay, khamis lepas 12 jun, alah semalam je pun. cuma aku lambat sikit update sebab badan penat. Kami, 1/5 daripada pelajar form6 sekolah kami, plan buat bbq di Pantai Bukit Keluang which is sangat tersohor dengan keindahannya di Terengganu ni, masa kitorang pergi tu musim cuti sekolah so memang ramai lah pengunjung yang datang.


Athirah kejut aku, pukul 8 pagi (tido balik lepas subuh sebab penat malam tu aku drive jauh) cakap 8.30 kena siap, sebab nak gerak time tu. sebab tirah yang amek aku. So, kitorang pecut kereta kemain aaa laju, sampai tirah sempat race konon nak kejar masa pukul 9, padahal 5 minit je kot nak sampai bukit keluang tu. Sampai-sampai sana, ceh ramai lagi rupanya yang tak datang. janji melayu. ahahaha sorang tayar pancit, sorang on the way. macam-macam, so kitorang yang sampai awal gunakan masa yang diberikan dengan buat kerja sikit, iaitu SELFIE. cuma, dalam ni aku tak letak gambar selfie ya, aku post gambar yang diamek dari kamera aku.


Kitorang start mendaki, around 10 am gitu, aku paling eksited. mendaki bukit persis mahu pergi MALL. tahu kenapa? aku tak plan pun nak naik bukit, sebab aku ingat dorang nak bbq kat bawah saja, then semuorang tukar rancangan memandangkan tak ramai orang yang hadir nak buat bbq kat puncak bukit.

Aku, jalan paling depan sekali. dengan Najihah, semangat naik tangga. tapi aku gayat, sebab tangga dia kecik. serius aku cakap, adalah dalam 100 anak tangga gitu, tak pun lebih aku rasa. sebab penat dia nauzubillah. lepas sesi tangga aku, duduk. penat . then sambung jalan balik, separuh jalan masa tengah mendaki. tetiba .


okay--- tetiba--- tetiba
-
-
-
-
-
-
-


ada hamba Allah ni tumbang, aku lah tu. pitam kejap. aku rasa pening,mungkin sebab gayat dengan ketinggian melampau plus aku tak makan pagi tu, memang kerja gila lah. dah la pakai jeans naik bukit, last-last semua barang aku orang lain yang bawak. hahaha

Nasib aaaa , ada kawan-kawan yang sangat MEMBANTU, which aku tak runsing sebab bff aku sendiri ada, haz ada . that why aku beranikan diri, masa aku rebah tu, kawan-kawan yang lain banyak bantu aku. zaki semua. (nanti tengok gambar kat bawah).


sedang beberapa minit kemudian, azzyati. adik kepada tirah betul-betul pitam. time tu semuorang pergi dekat dia, aku ditinggalkan kesepian. serius aku takut, sebab bila aku pengsan ke hape sebelum ni, mesti ada mak atau kawan-kawan. hahaha (penyakit dirahsiakan). aku fikir gila dah time tu, kalau aku tak dapat turun dari bukit tu, aku nak terjun sebab tak larat nak daki, dengan keadaan aku tak terkawal. tapi lepas haz bagi aku, minum apa entah. plus zaki bagi coklat, aku boleh aaaa slow-slow naik. yang lain semua duk teriak nama aku kenkonon bagi semangat aaaa.hahaha

Alhamdulillah beberapa kian lepastu sampai jugak dekat puncak bukit tu, anyway aku nak berterima kasih sangat-sangat pada kawan-kawan yang bantu aku. time ni aku dapat tahu korang kawan susah senang aku.


okay picture time.

 Okay. sementara menunggu yang lain. aku mintak tolong si azim amek gambar aku. hahaha. padahal berpuluh kali bergambar dekat sini.


 akar-akar ni nampak scary. tapi cool. bukit keluang ni tempat filem MERONG MAHAWANGSA dibuat. dorang menggunakan bukit keluang. (aku ada time filem tu dibuat, siap dapat jumpa abang yusri and sharifah amani lagi tau haahaha)


 time ni tunggu muiz dengan talib sampai. lambat bebeno dorang.



 My batchmates. cuma aku dengan haz budak fakulti sejarah. hahaha yang lain, sastera. seni. ekonomi. tai kami sehati sejiwa.



 bersiap nak naik atas bukit. hahaha. aku hoi. nak pergi mendaki ke nak pergi mana tu. haz siap nganjeng aku, kenkonon dia bawak pelancong. hahaha



 di tangga sempat lagi dorang pose haha



 eksited weh, amek turn depan sekali. last-last aku tersungkur deh tanah bukit, korang cuma perlu fokus pada tangga belakang aku tu. tinggi nak mampusssss.



 tu aku dah tersungkur, nganjeng aku betul si matyo ni, siap amek gambor lagi. hahaha



 dorang dah kat atas, hahaha aku saja yang kat bawah. 



 muka-muka yang suka usik aku. hahahaha. 



 ni lah bestfriend aku, haz. yeay ! again he helped me, aritu kat bukit marak. sekarang bukit keluang. hahaha. phone aku entah kemana. beg aku entah kemana. serius touching tengok gambar ni. lebiu kawan baik.



 ni hakim yang snap view kat atas ni, aku time ni masih kat bawah. lemah lagi, tambah azzyati yang pengsan. hahahaha. lepas jalan berhenti then jalan balik. sehingga sampai kepuncak.



 ni part paling nganjeng aku hahaha. siap selfie woih mentang-mentang sampai awal. well dorang bawak barang yang berat . memang solute aaaa dengan abang ketak ni hahahaa.



 kalau jatuh dalam hutan ni. Nauzubillah tinggi. ahahaha



 korang tengok sendiri betapa tingginya bukit ni.



 linda, tirah and zaki. linda yang pakai baju oren, dia sampai awal sebab kena bancuh air oren, bagai sebab ada mangsa pitam kelaparan aahaha.


time ni, aku entah tak tahu kamera aku kemana, iphone aku kemana. sebab sampai saja pondok atas tu, aku tidur. baring je padahal hahaha. then baru bertenaga balik.


 selfie. hakim snap gambar ni. wewittt. hhahaha



 so sweet hahahahaha. selfie weh, baru bangun aaaa time ni. actually gambar aku sikit je. orang sakit kan hahahaha.



 dah bertenaga balik , so bergambar berlatarkan langit.



 kaca mata aku entah kemana, nasib aaaa aku still boleh nampak. hahaha



 views again..



gembira betul, ni first time and last time aku jejak sini. hahaha. selagi aku tak kurus, aku tak kan naik atas ni lagi hahaha.



 comelkan bukit bukau belakang aku, anyway kalau korang nak tahu setiap bukit tu, ada cerita tersendiri. sila google.


 tukang bakar ayam. hehehehehe



 motif gambar ni aku tak tahu, hahahaha belajar teriak mintak tolong, lepas kering tekak pergi serbu air hahahaha.


 acah-acah, memikirkan masa depan la ni. semua ni poyo. hahahaha.











 makan time. lepas makan kitorang bergambar dulu sebelum turun , see the picture. hahahaha



mereka adalah sahabat. sahabat aku dunia akhirat. 



 selipar aku, ditaja oleh talib ali, topi ditaja oleh zaki ahahaaaha.



 nak turun dah kita. bye puncak bukit.











bergambar dulu, actually gambar saja . seribu lebih , so sebab ini blog aku . aku pilih gambar aku jelah ya untuk tatapan pengunjung blog aku. kay hihihi.

terima kasih semuanya. i love you all.

puisi buat kalian

Aku ingin berlari
Di tengah padang rumput hijau
Aku ingin terbang sebebasnya

Di langit luas tanpa batas, Aku ingin merasakan
Kebebasan sejati dunia ini
Dan hati kecil yang ceria
Tanpa lelah yang meraja duduk


Biar kuharungi lautan
Samudera luas yang terhampar
Di bumi persada hidupku


Biar kujelajahi
Rahsia hikmah alam semesta
Walau antartika tak berujung
Karena ýku ingin bersenandung


Sabda hati
Yang Agung


sampai mati aku akan ingat peristiwa ni. aku abdikan di blog, supaya beberapa tahun akan datang bila kita semua dah bawa haluan masing-masing kenangan ini akan tetap ada dalam CARL LESMANA. okay. sekian bye.

1 comment:

Jard The Great said...

cantik la tempat neh... teringin nak pergi. hehehe