Sunday, July 6, 2014

Bukan Senang.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Assalamualaikum.


Aku terbiasa hidup dimanjakan,

Jadi bila tiba masanya aku menyendiri aku rasa takut. Takut bukan apa, takut aku tak mampu untuk berdiri sendiri. Okay, bukan aku nak cakap yang aku lemah. Lagipun sejak kecil aku dah belajar hidup jadi orang susah, dah belajar terima kehidupan yang aku jauh dari didikan seorang ayah.


Okay, lari topik lagi--


Bukan senang, beberapa hari lagi aku akan melaporkan diri bertugas sebagai seorang penjawat awam. Aku bimbang. dipostingkan jauh dari orang-orang yang sentiasa ada untuk aku.


Mak? abah? family. Kawan aku?


Fikir balik. aku kena positif, sampai bila aku nak kena ada mereka baru aku boleh tenang.


Bukan apa, aku terbiasa hidup dalam dunia yang ada orang-orang yang aku sayang disekeliling aku. tapi?


Bila dapat tahu yang aku bakal terpisah jauh dari mereka semua, jadi aku terpaksa berpura-pura bahagia. HATI aku? aku kena berpura-pura gembira kali ni.

Aku tak nak kecewakan mak abah.


Redha mak abah adalah kunci untuk kejayaan aku.


Tak apa. tak apa. aku akan belajar independent. arghhh tapi aku tak sanggup nak berpisah dengan form6 student, especially my only one best friend.

Embedded image permalink



Embedded image permalink

1 comment:

依之汉 said...

Insya-Allah itu namanya kita menuju kepada proses kematangan. Terus tabah kawanku...