Sunday, August 31, 2014

AKU JUGA PERLU MERDEKA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

First of all, i am so sorry for haven post anything on my blog for a long time, niat dihati kononnya menyepi, ikut mulut rasa nak padam terus blog, ikut hati still sayangkan blog picisian ini.

Maaf, lama menghilangkan diri. mesti ramai orang dah lupakan saya, kepada pembaca tegar blog ini, saya ucapkan terima kasih kerana dm saya di twitter bertanyakan tentang blog ini.


Serius, adalah mengambil masa terlalu lama untuk pulih dari sesuatu kesedihan, well tak semua orang kuat including me, banyak benda yang menghantui sejak akhir-akhir ini. mana taknya sekarang tengah kusut masai dengan final , yela dah masuk semester 3 pun dah nak tamat belajar dah, lepastu bulan depan september saya dah start keje under spa, dalam masa yang sama saya belajar. so adalah merunsingkan sebab saya takut saya tak sempat nak cover nanti tambahan pulak diri merasa terkilan dengan satu perkara yang telah berjaya membuatkan hati ini sedih untuk jangka masa yang panjang.


Lama juga saya menyendiri, kalau ada yang follow saya di instagram pasti akan perasan akan perubahan keseluruhan gambar yang saya gunakan temanya adalah putih dan hitam, tiada lagi warna warni.

Lama gila, lepastu ditambah saya diserang penyakit, 12/05 hari yang akan saya ingat sampai bila-bila, saya kemalangan sehinggakan terseliuh tangan, last week saya terjatuh dan terkena tangan tu, so bengkak pulak tangan sehinggakan kena ulang alik ke Klinik untuk kesekian kalinya,

abah pesan : tuhan uji kesusahan dulu, sebab pasti akan ada kebagiaan lepas ni, itu janji ALLAH. Allah tak kan uji hambanya diluar kemampuan. ingat satu perkara tu.

lepastu dapat kata-kata hikmah dari cikgu

" sakit ni, ibarat orang yang menerima surat hari2, sebab masih ada orang ingat ke dia tu tandanya tuhan sentiasa sayang awak sebab sentiasa uji dengan kesakitan, patutnya awak tak perlu risau. Tapi orang yang tak pernah sakit tu patutnya risau" 

Tuhan kat sana ingat tak kat dia? 


Setelah beberapa lama mendiamkan diri, pendam perasaan sedih, sudah tiba masanya bangkit kembali.
So bersempena 31 ogos esok ? saya juga perlukan kebebasan, iaitu bebas dari kesedihan yang tak patut ada dalam diri saya.


SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 57 MALAYSIA.




No comments: