Thursday, October 2, 2014

Kenapa dan kenapa ?



Assaalamualaikumwarahmatullah.


Siapa cakap jadi seorang pekerja ni senang? Kawan aku ramai gila aaaa cakap best keje, sampai ramai dari dorang berhenti belajar semata-mata nak kerja, okay maksud aku kerja dekat sini under gomen la ya.


bagi aku, hm hm boleh tahan la kerja ni, cuma adalah sesuatu yang pelik lagi aneh bila di usia semuda aku sudah diterima bekerja,sebab bila kerja ni bergaul dengan orang yang lebih tua, sebaya dengan mak mak aku hoih. mekasih kerajaan Malaysia, mekasih mekasih, paling penting mekasih Allah.

1) aku tak perlu bangun awal pagi sebab nak pergi sekolah
2) tak perlu risiko nak kemalangan macam aritu, kalau zaman sekolah risiko kemalangan time nak pergi sekolah, sekarang rumah aku dengan tempat kerja dekat je weh just langkah pagar je.
3) tak perlu kepoh nak kena handle itu dan ini.
4) aku jumpa ketenangan yang aku cari selama ini

sedih?

op kos.

1) sebab aku jauh dari mak aku,
2) sebab dah takde mak yang sediakan makan pakai aku
3) sebab line wifi tidak selaju wifi dirumah, anyway aku duduk di jerantut, ko faham-faham jela eh.
4) sebab aku rasa aku dah kurang kasih sayang duduk sini, sebab aku takde sesiapa. aku rindu suasana jadi pelajar, sebab kawan aku semua sayang aku, manja dengan aku, aku rindu nak manja dengan mak ayah aku, rindu nak jadi orang paling manja dalam segala hal, malangnya dekat ini semuanya mimpi, aku tak pasti dan curiga siapa yang harus aku percaya bila aku duduk disini,


tapi best dekat sini, aku dapat officemates yang sangat sporting, yang banyak bantu aku dari first day aku jejak kaki di jerantut ni. benda paling penting aku dapat rasakan dorang semua sayang aku, walaupun aku tidak pasti sejauh mana firasat aku ini, semoga firasat aku ini benar-benar belaka ocewah, ko faham-faham eh sebab aku kan overDOSE dalam bab kasih sayang ni ahaha.


aku sekarang gigih tau, duk kalut dengan kerja aku, kalut dengan stpm, tambah dengan nak masuk rumah baru lagi, gila semua benda aku kena buat dalam sekelip mata. benda paling sedih sebab aku bukannya boleh balik beust tiap-tiap minggu, well jerantut dengan besut jauh gila weh.


kadang aku tak faham juga, aku seperti yang kau kenal dari awal aku menulis blog ini korang tahu kan aku ni jenis camana camana kan? so bila dengan suasana baru, aku dapat rasakan suatu keanehan tau. sebab? entahla tak faham aku nak kabarkan, ko cuba imagine, seorang manusia yang bercita-cita nak jadi lawyer tetiba berubah cita-cita bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. aku nak sangat jadi lawyer, sebab aku dah jani engan kakak aku nak jadi lawyer malangnya. . . . . . .


btw, aku dapat rasakan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, termasuklah aku, mungkin ada hikmah kenapa tuhan aturkan semua ini berlaku pada aku.


serius, aku kalau boleh tak nak jadi diri aku yang sekarang, aku nak aku yang dulu boleh manja dengan semua orang, tapi dekat sini aku tak rasa semua itu. mungkin awal lagi kot . hmmm

2 comments:

Ernie Widhyharti said...

dah lama-lama nanti best la kot.. anyway good luck! :)

Sally Samsaiman said...

takpe dik...tu semua pengalaman...lepas dah berdikari mana tau lg kuat semangat ke kan :)

tahniah lg sekali :)