Monday, December 22, 2014

TAHNIAH DR. FATIN LIYANA ASRI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Okay, okay macam mana eh aku nak mulakan? Okay-okay. firstly i would like to say congrats to Dr. Fatin Liyana aka kakaten atas berita pertunangan beliau yang aku ketahui dari blog kakcah aka mekcah aka blog Love is Cinta .


By the way terima kasih kakcah atas makluman tersebut. okay, aku buat entry ni nak cerita sebenarnya how fatin liyana inspired me.


Aku follow life fatin liyana ni sejak zaman aku form3 di tahun 2010, masa tu aku kenal dia pun acah tak acah walaupun dia tak pernah kenal aku, tapi benda paling penting aku pernah ingat dia pernah reply komen aku adalah berkali-kali jugak zaman tu masatu pasal nak exam pmr rasanya kihkihkih berzaman. bayangkan zaman tu aku baru umur 15 tahun dan sekarang aku dah nak cecah umur 20 tahun. dari zaman aku jadi budak kecik sampai aku jadi orang besar, dah 5 tahun lebih dah.

Okay, aku kenal blog fatin liyana ni pun dari blog kakak ipar beliau iaitu Maria Elena, iaitu salah seorang yang menjadi sumber inspirasi aku. Entah aku tak tahu nak cakap macam mana, yang jelas i'm enjoy read all of their writing.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay, port fatin liyana. dia banyak memberi inspirasi kepada aku melalui penulisan beliau. sumpah aku cakap dulu aku selalu mudah give up, mudah down, malas belajar bagai, masa zaman sekolah dulu aaaa. tapi melalui pembacaan di blog fatin liyana, banyak memberi feedback yang positif la pada aku. ginilah senang, bila aku baca blog dia pasal pelajaran ke hape ke aku jadi rajin-- ahaks.

lepastu port paling aku suka pasal travel. melalui pembacaan di blog beliau lah aku pernah travel sorang diri di singapore di usia 17 tahun zaman tingkatan 5. serius.


Aku minat fatin liyana ni bukan sebab cantik ke hape. okay tipu. dia memang cantik. aku minat cara dia, based on pembacaan aku selama bertahun-tahun, aku nampak fatin liyana ni seorang yang kuat semangat. tak pernah mengalah, sentiasa menghadapi cabaran dan dugaan dengan tabah--bsaed on akulah-- so, bila orang yang kita minat tu semuanya positif dengan secara tidak langsung segala pasal kita pun akan jadi positif giteww.


tapi serius, penulisan fatin liyana banyak memberi insipirasi sepanjang aku menulis dari tahun 2010, sehingga sekarang.

oh pasal pertunangan. terbaik aaaaa. dalam diam. ekekeke. no wonder sebab selama ni aku follow instagram beliau tetapi ada suatu hari tu aku try cari dia dekat instagram tapi tak jumpa, and pernah jugak dia private kan blog dia untuk seketika. muehehe.

apapun----

TAHNIAH DR. FATIN LIYANA dan pasangannya DR ANWAR FAZAL =)

sumber berita : blog hazanis aka love is cinta.


Friday, December 5, 2014

PERSEPSI --

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk menulis dan menulis, idea dan mood menulis kembali mencurah-curah.

PERSEPSI --


aku tak tahu kenapa malam ni aku rasa tajuk ni paling sesuai untuk entri malam ni, sejak di postingkan di satu kawasan pendalaman lah jugak (walaupun sebenarnya tidaklah pedalaman sangat).


tadi, peristiwanya begini. hari ni kan hari jumaat, dan wajiblah bagi umat islam yang bergelar lelaki tu ke masjid untuk menunaikan solat jumaat, kalau jenis tak pergi solat tu ko pondan kbai. okay jangan amek port sangatlah. aku pun tak tahu acane nak explain pasal persepsi ni.


gini, bulan lepas adik tunggal perempuan aku kena samun. alah adik aku baru saja tingkatan 4. time tu dia ada kem kecemerlangan di sekolah kluster berdekatan rumah mak, jadi sebab tak nak susahkan mak, adik pergi sekolah naik basikal saja memandangkan sekolah yang dia kena hadiri kem tu dekat saja.


time balik, kem tamat awal lebih kurang pukul 12 gitu. dia lalu lorong dekat taman rumah, ada lah dua ekor manusia spesis asdfghjkl. lelaki berjubah duorang, adik tak expect manusia duaeko ni ada niat tak baik. tapi pakai jubah la. adik lalu je depan dorang sebab expect orang nak gi solat zohor sebab dah nak masuk zohor memandangkan masjid dekat je.


masa lalu, dua eko asdfghjkl ni(okay saya kejam sebab nak marah) tolak basikal adik, siap acu pisau dileher. masa kejadiaan tu saya memang takde dekat terengganu sebab saya dinegeri orang. dorang samun adik. habis beg sekolah dorang selongkar, satu telefon bimbit yang saya berikan pada adik dorang rembat lepastu duit belanja sekolah adik RM15. sedih tu sedih jugak sebab telefon bimbit tu kesayangan. blackberry torch kot. trend dulu-dulu walaupun sekarang orang tak pakai dah model bb tapi aku tetap sayang jenama blackberry ni. nasib tidak berlaku apa-apa yang buruk pada adik. dorang nak amek duit ke handphone ke ameklah janji adik selamat. aku tahu pun petang tu lepas habis officehour mak call cakap baru balik balai polis.


okay-- persepsi, bukan air pepsi okay =P


aku dipostingkan di pedalaman lah jugak, tiap kali pergi solat dekat masjid mulut aku terkumat kumit menghitung manusia. dan aku rasa malaysia dah macam oversea tau. sebab apa? pelbagai jenis manusia boleh jumpa. vietnam, pakistan, indonesia, nepal, mat salleh bagai. dan juga kat tempat aku ni ramai spesis manusia yang alim dah lebai, bukan nak kutuk tapi cakap okay sebagai bukti untuk memahamkan engkorang yang baca. time pergi solat jumaat aku jumpa ramai yang jenis pakai jubah labuh bagai macam ahli ulamak aaaa, maklumlah sini banyak pondok-pondok dan budak-budak tahfiz, tapi sejak berlakunya peristiwa adik aku kena samun dengan manusia yang konon lebai aku jadi trauma.


dan aku bila nampak je orang berjubah aku jadi anti dan takut. bukan apa. maaf kalau ada yang marah. tapi itu fact dia, aku jadi takut. pandangan aku pada dorang mesti akan jadi negatif sebab takut.


so, sekarang aku nak nasihatkan korang please do not trust any person who is good looking.

sebab apa, kita tak tahu hati budi orang. pemakaian tidak melambangkan keperibadian dah sekarang, rasa macam ge seram pulak.

aku tahu mesti korang nak cakap

" DON'T JUDGE THE BOOK BY IT COVER KAN"
" TAK BAIK BERPANDANGAN NEGATIF "
" JANGAN INGAT SEMUAORANG SAMA"

aku tahu ayat ni mesti akan keluar, tak kena batang hidung takpe. cuma orang sekarang memang amat susah untuk dipercayai. sekian persepsi okaybai. Assalamualaikum, tak jawab dosa kalau jawab sayang.


kat bawah video, okay. saja je :)



Thursday, December 4, 2014

Bahagia yang aku cipta.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kadang aku tak tahu sampai bila aku harus menipu diri ini, aku telah berubah dengan bukan jadi diri aku sendiri.

Lepas aku terkena suatu ketika dahulu aku tak tahu samaada sampai bila aku akan terus menyimpan demdam walaupun aku tahu demdam akan memakan diri sendiri.


Aku tak tahu, mulut aku kerap kali bilang perkataan benci tapi kenyataannya hati aku sayang. entah. aku pun tak pasti sampai bila.


Apa yang penting, aku juga layak bahagia.




Tuesday, December 2, 2014

TAK TAHU. APA AKU MEREPEK NI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


duka sering melanda setiap insan
hati yang galau sering membuat hati terlena
dengan segala keluh dan kesah
menumbuhkan sikap diam

tak terasa waktu demi waktu telah berlalu

usia kini semakin tua
arah hidup semakin tak jelas

kemana kan mencapai asa
tuhan telah beri kita kekuatan
akal,
pikiran
dan hati yang menjadi pembimbing arah
menciptakan ketenangan jiwa yang sunyi.

tak terbayang jika hari ini
hati galau bisa menikmati indanya
hari bahagia
hanya ketulusan cinta dan kasih yang bisa
menjadi pelipur lara dan duka

astagfirrullah Al azim... adalah kalimah
terindah di saat kita menikmati kegalauan hati yang sunyi.
terimakasih yaa..tuhan kau selalu bersamaku dalam
setiap detik nafasku...