Sunday, March 16, 2014

Penat . Aku menyesal menabur sayang pada yang salah !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Aku penat, menabur kasih dan sayang pada orang yang salah.  Kerana sayang hidup jadi sengsara,  kerana sayanglah hidup hancur.  Bila kita sayang orang,  tapi orang memandang remeh pada kasih serta sayang kita , apa kau rasa ? Marah. Pedih . Kalau aku ya. Rasa nak pergi dapur ambik cili tenyeh muka dia. huh bila tak ada baru kau nak feeling kehilangan . huh


Kenapa bila orang yang kita sayang tak hargai kita, tapi bila kita dah kecewa baru nak terhegeh-hegeh..


Sebenarnya setiap manusia ada jalan cerita mereka sendiri, tapi rugilah kepada mereka yang tak menghargai orang yang kita sayang dek kerana ego dan tamak sebab dah dapat sorang tapi nak cari yang lain.


Kita kena berpijak di dunia yang nyata bahawa setiap orang yang hadir dalam hidup kita perlu di beri ruang untuk bersama .Sebab kita kena hargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita.Kita sebagai manusia nih tak pernah nak bersyukur dengan ape yang kite ada. Kita sebagai manusia ni tak pernah puas.


Kita sering terleka dengan orang yang selalu ada di dekatnya dan abaikannya .Tapi bila orang tu dah face up dengan apa yang berlaku barulah rasa menyesal dan terhegeh-terhegeh minta maaf


Siapa kita untuk tak menghargai orang lain ???

“manusia hanya pandai menghargai nikmat( mensyukuri nikmat) bila benda tu tak ada”

Ayat yang mudah, simple malah sesiapa pun boleh paham walaupun bukan orang ISLAM. Kalau air takde barulah kita nak pandai berjimat, buat catuanlah, jangan membazirlah, guna yang perlu sahaja…macam-macam seruan keluar bila air takde Semua orang merungut…susah nak basuh baju, nak memasak, nak kena mengangkut air, air minum takde. Pada masa tu lah baru pandai nak berjimat, masa air melimpah ruah memang tak tau nak berjimat air…air melimpah dalam tab mandi buat tak tau saja.


Ala manusia biasa la kan, bila hilang sesuatu baru terasa pentingnya pekara yang dah kita hilang tu. Masa ada depan mata tak pulak reti nak hargai dan bersyukur.
Bila demam baru terasa nikmatnya sihat.
Time kaki atau tangan sakit/patah, baru terasa nikmatnya ada tangan yang boleh memegang dan kaki yang boleh berjalan kemana-mana sahaja yang diingini.

Bila ada teman atau orang terdekat yang meninggal atau pergi jauh dari hidup kita baru terasa erti sebuah kehilangan.
 
Opppsss kita macam tu ke?

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.

Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan

yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Ya Allah lembutkanlah hatiku menerima teguran..

Ya Allah kuatkanlah hatiku menghadapi semua ujianMu