Friday, March 21, 2014

esok .

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Aku nekad .

Kali ni aku tak kan hampakan mak . dan semua orang-orang yang sentiasa support aku dalam hidup .

Beberapa hari lepas interview . apa yang terjadi biar aku dan tuhan saja yang tahu sebab aku memang tak pernah nak pergi , tapi demi tak nak kecewakan mak ayah aku pergi interview tu . wallahuaklam.

okay , the new chapter ? means . Aku nak berubah . Aku perlukan perubahan .aku perlu jadi matang , cuma aku nak berterima kasih pada seorang hamba Allah ni , sebab masa yang Allah beri untuk aku bersama dengan hamba ini cukup memberi banyak pengalaman , pengajaran dan nilai-nilai positif . okay aku positifkan diri aku . terima kasih sebab kau , aku terbuka hati untuk berubah . tapi perubahan aku bukan kerana kau , tapi kerana Allah , mungkin Allah hadirkan kau untuk aku berubah .

Hidup aku banyak gila benda yang nak kena urus , 2014 such a busy year for me . seghiusss aku cakap .

Cuma aku dah janji pada diri aku :


aku nak move on , aku tak nak jadi manusia lemah yang sering dimainkan.

aku akan buktikan title setiausaha majlis perwakilan pelajar bukan sekadar nama .

aku akan cuba buat mak abah senyum dengan keputusan aku pilih form6 sebagai medan untuk aku sambung belajar .

aku berharap bila esok , aku nak mula hidup baru . aku akan dijauhi dari segala anasir-anasir yang tidak sihat .

aku penat . penat nak jaga hati semua orang sedangkan hati aku hancur berkecai macam pinggan kaca pecah.

jadi esok . permulaan bagi segalanya . esok okay . semoga Allah permudahkan urusan aku , urusan kehidupan , urusan pembelajaran dan semuanya lah .

aku banyak belajar dari hamba Allah ni , serius . belajar tentang erti hidup yang sebenar .