Friday, May 9, 2014

Jangan Jatuh Mizi !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


perasaan yang terlalu menakutkan
perasaan yang terlalu menyeramkan
aku ditinggal di tepi jalan
aku ditinggal tanpa rakan dan taulan

celakanya perasaan ini
ku fikirkan aku bisa berdiri sendiri
terlalu percaya pada kudrat diri
sampai aku lupa yang aku tak mampu berdiri

tapi bukan sebenarnya aku ini tak mahu
bukannya aku tak mahu ditinggalkan seperti dulu
tapi aku sudah dibiasa untuk berada bersama2 kamu
celakalah engkau yang memaksa aku diajar untuk memegang tangan itu
bila dibiarkan aku sendirian--
ah, celaka.

celaka
celaka
celaka
celaka

jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh

jangan jatuh
jangan jatuh!
jangan jatuh!
jangan jatuh!

semua orang memaksa aku terjatuh2
dan aku bisikkan pada jiwa aku
yang kulit ini tak akan melepuh

ku biarkan siapa-jutanya berada di belakang telinga
ku biar saja;
aku kata aku takkan jatuh kerana dia
aku takkan jatuh semata!

semata dia
jangan jatuh-jatuh

jangan jatuh-jatuh
jangan jatuh-jatuh

jangan jatuh!


chill, Mizi . Midnight thoughs

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni aku agak sensitif . Macam aku sedih pun macam tak patut je , sampai ada ramai orang perasan yang aku bersedih disebalik senyuman aku. Mungkin aku tak perasan, tapi orang sekeliling perasan. Aku emosi pun atas hal-hal yang remeh yang tak patut. Mungkin sebab aku terlalu bagi harapan pada orang terlalu tinggi, sampai percayakan orang melebihi batas sehingga orang menindas aku. Aku kira 2014 aku mahu lupakan segala apa yang menyedihkan, tapi kesedihan dan aku adalah bestfriend. kejap je nak sedih, hati sensitif. aku manusia biasa, yang perangai kebudak-budakkan sometimes la, yang tak pernah lari dari sifat manja, okay lumrah anak bongsu kbai. tapi kematangan tu tetap ada. ok


Mungkin juga sebab aku selfish la, sebab aku bertindak luar jangkaan. Aku tak pernah jadi bukan aku atau bertindak luar jangkaan, selama 7 tahun aku di sekolah ramai orang tahu, orang kenal aku. aku kuat semangat, aku adalah penghibur, aku peramah(orang cakap) tapi bagi aku, tak pun. Aku lemah woi bila berkait dengan hati, aku sebenar tak ada apa-apa masalah pun, cuma tertekan bila orang push aku dalam diam. apa eh orang kata ? gunting dalam lipatan. sebabtu aku diamkan saja, tapi adalah pelik bagi budak yang bising macam aku menjadi diam. sebab tu aku tak boleh jadi diam.


Sekarang la, perangai agak pelik sikit, emosi tak stabil. Aku tengah fokus pada exam aku, tetiba pulak dapat panggilan interview kerja untuk dua tiga kali, and aku pernah tolak offers keje pada mulanya. sekarang minggu depan , keputusan spa penuh aku. aku dah start bengong memikirkannya, padahal benda tak patut pun difikir.

Mama kata aku sedih sebab apa tau, sebab aku nak tinggal sekolah, nak tinggal cikgu, nak tinggal rumah bagai. sedangkan entah kemana pun lagi, tapi aku TAKUT kalau aku dapat sebab aku tak pernah mimpi nak kerja dulu, aku nak habiskan pra-u aku. Aku memang sayang nak tinggal orang tu sebenar, bak kata cikgu zana orang tertentu.

Sekarang pun stress berbelah bagi, kalau stress tu 100% lah kan aku boleh cakap 50% stress sebab nak exam, aku dah sumpah pointer sem2 aku kena over orang lain, aku nak buktikan yang aku boleh. 50% lagi stress sebab nak kena fikir, KALAU dapat keje nanti, arghhh maknanya aku kena tinggalkan dunia aku. hahaha dunia remaja yang gila-gila ini, kalau keje dapat dekat KL ke Terengganu ke aku tak runsing, mak abah ada mama papa ada. tapi kalau lah kena hantar jejauh, memang nangis tak berlagu lah aku. okbai nangis.

Aku patut lupakan semua ni sementara dan fokus pada final aku minggu depan, astagfirullah. mizi sedar mizi.
kau ada semuanya, mak ayah dah lebih pada orang, siap aku kena nganjing aku ada ramai mak ayah well aku ada 2 ayah 2 ibu. mama papa(angkat) , aku ada kawan-kawan yang selalu cheers me up. aku ada adik-adik yan sentiasa bagi sokongan pada aku, aku ada tokwan yang sentiasa ada untuk jadi pendengar aku. bangkit mizi.

make sure sem2 over 3.5 kata aboh :'( that why aku takut , trial pun aku mampu skor A subjek sejarah saja, yang 3 lagi kelaut atau kelautan hindi terus. hampeh. susah benau hidup ni.

Ingat mizi, Allah sentiasa ada untuk kau, jangan jatuh mizi ! bangkit.


 Insan yang aku takut hilang ada dekat bawah ni. tekalah yang mana satu. kbai goodnight