Tuesday, August 12, 2014

Pengakhiran bagiku.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Seperti titis air hujan yang tersisa diantara dedaunan,
tinggal menunggu sang mentari menghapusnya.
seperti debu yang terhempas oleh desiran angin,
terbang jauh bebas namun tanpa arah,
seperti itukah aku?


tenggelam dalam lautan airmata ku sendiri,
berdarah dalam luka dan duka ku,
separah itukah aku keranamu?
selalu merasa sepi ditengah keramaian hidupku,
dan gugur seperti dedaunan kering tak berguna,
sepertinya aku telah hancur keranamu.
kini hatiku pun tak mampu merasakan erti kehadiran orang lain lagi, hentikan lah!!


ya aku tak kuat sepertimu.