Tuesday, September 9, 2014

Kejam nak mampos.

Assalamualaikum

Maaf kerana terlalu lama hilang tanpa berita, kerana aku terlalu lama terpenjara didalam penjara minda iaitu kesedihan. Wallahhi. 

Kejam!


bila mata baru terbuka, baru terpampang segala inci pandangan.
baru sedar.
baru rasa.
baru sedar rasa kelakar.

tahi. aku ada masalah.

bilamana aku ini berteman, bersahabat, bercinta, ber-apa-saja; dengan sengaja, aku akan melangsirkan kebenaran.

makanya, bila apa sahaja keburukan yang ada, dengan mudahnya aku akan ciptakan satu fantasi yang akan meneutralkan kenegatifan sesuatu realiti.

sebagai contoh, andai kata seseorang teman itu (yang sudah pastinya tahu aku ini sangat mudah untuk diambil kesempatan ke atasnya) berlaku kejam pada aku, akan aku sendiri bikinkan alasan untuknya.

"mungkin betul juga, aku yang bodoh, kot"
"apalah aku ini mahu berkira sangat"
"ish, tak baik betul aku ini mahu marah2"

meski ada teman rapat aku datang dan menampar pipi, yang mahu aku sedar dan jaga dari mimpi bohong itu, tetap aku mampu senyum dan katakan "tak lah... tak baik kau bilang begitu tau".

hadirin dan hadirat sekalian, ini namanya "denial".

kalaulah aku ada buku akaun tiap saat wang aku disonglap / dipinjam tak berbayar / diambil tak dikira, pasti kalian akan geleng kepala.

keluarga selalu bising. "mana duit awak, ngah? baju sama, kasut sama. shopping setahun sekali. mana hilang semua gaji? kerja macam kerbau"

takkan mahu aku beritahu, "kawan2 pinjam, bah. mereka tidak ada duit..."
mau mati? habis aku disebat nanti.

jadi aku kata, "simpan"

kalaulah mereka tahu aku tidak ada sesen pun simpanan dalam bank.
haih...

memang. benar aku tidak kaya. tidak berlambak wangnya. tapi di setiap ada kehendak kawan2 yang mahu meminjam wang atau meminta tolong, akan aku usahakan.

bagi aku, menghargai kawan2 itu mulia.
kerana satu hari nanti, di masa susah, harapnya mereka sedia untuk ada.

bukan mengharap balas, cukuplah untuk melapang dada di masa sempit nafas di ketika2 demikiannya.

ingat lagi, beberapa kali aku terpaksa meminjam kredit dari bank. cash advance yang mewajibkan pembayaran dengan bunga selalu memeningkan kepala aku. tapi tidak apalah... kawan2 bawa mati.

macam masa di universiti dulu. aku antara yang terawal punya kereta. futnot: aku beli kereta itu bukan dengan wang mak abah. aku kerja sambilan dari dulu.

dan aku dengan senyuman yang menyimpul akan menghulurkan kunci kereta untuk sesiapa sahaja. kerana aku sedar betapa sukarnya hidup tanpa kenderaan di zaman moden ini. yang mana membiarkan aku di bilik sambil bermain permainan pc seorang, ketika peminjam kereta aku itu berbahagia di klcc atau midvalley.

takpe... nanti masa aku susah, insyaAllah mereka sanggup ada.

entri ini bukan untuk menceritakan tentang mereka2 yang sangat menjaga perhubungan. sebab tujuan ada taulan adalah untuk membantu di waktu susah. dan itu niat aku untuk kalian. ramai sahaja yang benar2 hendak sama2 berhujan beribut untuk aku.

ini adalah tulisan aku khusus untuk mereka2 yang tidak reti menghargai nilai persahabatan seolah itu
.
untuk saudagar-saudagar perkataan "kawan".

sekalian bangsat2 itu.

dan lebih menjijikkan bila dapat tahu dibelakang aku, rupa2nya kenaifan aku, kebaikan aku, dipermain2kan.

"fynn dengan aku takkan berkira punya"
"kalau aku minta, pasti fynn kasi. dia pandang aku tinggi"
"eleh, fynn.. senang cerita lah!"

tak malu. bergaya seolah anak raja. padahal wang cukai rakyat yang kau gembelingkan. kau sekadar duduk goyang kaki menunggu pitis.

bila minta semula, dialaskan kekekeliruan.
"duit takde la bulan ni"
"kerja terumbang-ambing lagi"
"sabar ok.. aku cuba yang terbaik"

dan yang bajingannya, baru tadinya berbelanja persalinan baru yang dijual untuk golongan 'budak kl' tipikal yang gah dengan gaya, esoknya pula asyik ke sana ke mari mengusung pasangan baru menonton wayang, makan sedap lazat berharga seminggu berlapar.

manakala aku di sini, berhempas pulas membayar bunga dan faedah wang yang aku pinjam untuk mereka2.

bila aku sudah hilang sabar dan mula meminta dengan sedikit tegas, tanpa senyum, aku pula dimarah.

"alah, dulu tak mintak pulak"
"ni mesti ada terasa apa2 ni baru nak mintak ni"
"ish, apa berkira sangat ni?"

pulak.
aku pemberi hutang.
aku pulak yang perlu malu?
biar betul.

dulu masa tengah baik, semua elok. tak nampak. tak mahu lihat.
sekarang, rasakan. apa lagi yang kau boleh katakan?

senyum ajalah...
kan?

*diam*
haih...

*diam lagi*
siap aku pulak dicerca dibelakang2.

"dah nak kahwin, dah bahagia, berlagak"
"ni mesti tri yang suruh mintak"
"menggelabah sekarang. dah berubah. dah reti berkira"

sialan.
sekarang kau beritahu aku, bagaimana aku tidak naik benci dengan manusia?

kekasih, mari lari dari sini. aku sudah makin muak. jijik.


Fj.