Saturday, October 25, 2014

CERITA AKU - CAUSE I NEVER WILL FALL IN LOVE

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

First thing first, aku nak mintak maaf sangat kepada engkorang yang selalu singgah blog aku tapi kau tengok karya aku tetap sama dan tak berubah. Konon sejak sejak dah berkecimpung dengan alam pekerjaan dulu aku bajet nak tulis segala apa yang aku alami dalam blog sepanjang aku disana. Anyway sesiapa yang akan baca bawah nanti harap bersabar jangan marah okay, sebab ini cerita aku.


Malangnya aku tidak mampu untuk melakukan itu kerana masalah teknikal yang tak dapat dihadapi cehhhhh. Pertama kali masalah yang aku hadapi adalah masalah connection internet, sebabkan aku ditempatkan di pendalaman gitu memang semua connection dari segi untuk bersosial adalah sangat failed. sebab bukan aku sahaja yang mengalami masalah teknikal sedemikian, tapi rakan-rakan aku yang lain pun sama. aku tertekan sebab aku takdapat skype dengan ibu, aku tak dapat call ibu, kadang tengah cakap dengan ibu aku, dia diam aku diam sebabkan connection lemah.


Aku duduk rumah rutin aku takdelah berat sangat, kerja office hour macam biasalah 8am to 5pm, saja je macam engkorang yang bekerja. cehh sorry kepada sesiapa yang masih belajar baca blog ni, sebab bajet-bajet sekarang aku dah tua, padehal aku 18 tahun 10bulan, 9 november ni genaplah umur aku 19 tahun okay. tapi aku sudah memangku jawatan dalam government, Alhamdulillah ini dikatakan rezeki Allah.


Pasal cita-cita pulak, dulu aku give up sangat sebab aku memang nak sangat jadi lawyer, gila tau aku buat keputusan batalkan urusan pendaftaran aku di Multimedia University, aku tolak offer u aku di UTHM zaman tingkatan 5 sebabnya aku nak masuk form6, aku siap pilih aliran sejarah konon nak teruskan cita-cita aku. Malangnya, di tingkatan 6 aku mengalami masalah sedikit, masalah berkaitan dengan hati. serius aku bagitahu korang, pleaselah jangan terlibat dengan masalah berkaitan hati kalau korang tengah belajar, mungkin sesetengah orang akan ke arah kebaikan, tapi macam aku failed. ya aku failed kalau bab hati dan perasaan. masalah aku bukannya cintan cintun hokay, tapi persahabatan,


Masa last minute semester 3, bulan 9 aritu aku dipanggil untuk melaporkan diri kerja, aku memang tak nak pergi. serius aku memang tak pernah ada hati nak masuk dalam kerajaan diusia aku macam tu, sebab bajet aku kalau aku nak kerja pun dengan harapan orang kerajaan akan panggil setelah aku tamat stpm, tapi tak. rezeki aku lebih awal, aku buntu, sebab aku ditengah-tengah terpaksa membuat pilihan, kalau aku pergi aku terpaksa tinggalkan dia (orang yang paling rapat dengan aku) aishiteru gitewww uweks :P , kalau aku tak pergi aku rasa bersalah dengan ibu aku sebab ibu aku yang mintak aku pergi untuk jawatan ini. padehal kalau aku pergi pun aku still dapat amek stpm tapi secara persendirian.


Last masa seminggu gitu sebelum aku melangkah keluar, kami tetiba gaduh pasal kepercayaan. walaupun selama ni kami dah gaduh, kami gaduh kami baik, kami gaduh kami baik, biasalah bff kan. bff ke? hishhh. tak nak panjang.So masa lastday tu, aku pesan dia, kalau nak jumpa saya lastday sila datang, namun dia tak datang. Aku serius tak tahu, sebab masa lastday tu aku nawaitu kalau dia datang aku memang akan tolak kerja ni, tapi dia tak datang, aku terus blacklist dia dalam hidup aku, see kejamnya aku ahahaha. aku tahu dia tak datang sebab mesti dia akan bersedih. sebab ibu aku pun dah boleh terima kalau aku tolak tawaran ni. sebab aku dah tak fikir panjang betapa bodohdnya aku, DULU.


Start dari hari tu, aku terus offkan semua connection yang membolehkan kami berhubung, aku ikut kata ibu. sebab bila fikir balik, dengar kata ibu adalah lebih berkat. so aku terima offer kerja tu sebulan lepas, dan kini aku berada di sebuah institusi di Jerantut. dan Alhamdulillah juga, aku temui ketenangan aku di jerantut ni.

Terima kasih Allah untuk pelarian yang penuh istimewa ini.