Thursday, October 30, 2014

URBANISASI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dulu zaman belajar form 6, aku amek subjek geografi sebagai subjek tambahan. URBANISASI. masih terngiang-ngiang perkataan urbanisasi yang diajar oleh Encik Wan Mazlan suatu ketika dahulu.


Semenjak bekerja aku hilang kestabilan hidup aku which yang selama ni sentiasa mendapat bimbingan ibu aku tapi kini segalanya terpaksa aku sediakan segalanya sendiri, thing which is unintentional. Diusia muda menjejakkan kaki ke alam pekerjaan adalah suatu cabaran yang besar bagi aku. Pada permulaannya aku agak konfius dengan kehidupan aku sendiri which aku terpaksa harungi segalanya sendiri.


Dipostingkan di DESA BINA DIRI, JERANTUT merupakan satu cabaran yang besar bagi aku. Pada mulanya, dalam fikiran aku hanya untuk meletak jawatan dan berhenti kerja and aku rela duduk kampung rilek-rilek jadi pelajar, tapi bila fikir balik adalah suatu perkara yang bodoh bila kita dah diterima dalam kerajaan tetapi meletakkan jawatan dalam sektor kerajaan ini sebab sekarang ni bukan senang nak jadi orang gomen.


Kehidupan aku pada mulanya tidak stabil serius aku katakan, untuk sementara waktunya aku menumpang di rumah tamu desa bina diri, kadang bila ku fikir balik baru aku faham erti kehidupan yang sebenar, kadang tak selamanya kita akan berada dengan ibu atau ayah kita. Kerja aku tidak teruk sangat, yang jelasnya kalau office hour masuknya sebelum pukul 8 keluar selepas pukul 5, biasanya aku kalau dulu lah mula-mula aku masuk kerja pukul 7.45 ataupun 7.30 pagi, sebabnya kau bayangkan aku terpaksa tinggal di rumah dua tingkat yang besar sendirian, gila tak takut tak seram. Kadang kalau masuk shift kerja aku mungkin pada 7pagi-3petang, 3petang-11malam atau 11malam hingga 7pagi.


Begitulah rutin kehidupan aku seharian sebagai salah seorang pekerja kebajikan masyarakat. Kalau bab makan, Allahhurabbi adalah sangat susah untuk aku bergerak mencari makan. Kadang terpaksa ikat perut, walaupun bekalan mi segera satu almari kabinet. perghhhh kau bayangkan hidup orang yang tak pernah makan maggi masa duduk dengan mak terpaksa makan maggi bila berjauhan daripada mak. Oh tolonglah. tekak ini tersaqngatlah loya untuk menerima masuk maggi ke dalam mulut.


Bila duduk sini, memang aku kurang kasih sayang. Yang adanya jiran tetangga yang baik-baik yang merupakan officemates aku, kadang baru aku faham apa ertinya jiran. Kehidupan yang penuh pancaroba adalah kehidupan aku. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.


Aku minggu depan dah nak STPM, studynya tidak. lepastu lastday exam keesokan harinya aku kena gerak ke melaka ada program disana seminggu, subhanallah sibuknya.


Kadang, aku rasa aku nak balik zaman muda aku. walaupun aku pun masih muda. belum 19 tahun okay.
9 November ni genap 19 tahun okay, kau yang baca entry ni pleasen jangan lupa okay. . . . . . .


gambar ni masa aku balik besut aritu, ajak adik kesayangan aku ni keluar. wakaka


Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah awak. Berusahalah untuk mencapai kejayaan ya awak-awak.