Monday, June 22, 2015

PRODUK KESIHATAN DR. R RESOURCES (sec review)



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni, carl kembali bersua untuk memperkenalkan korang semua dengan produk kesihatan yang dihasilkan oleh KOPERASI DR.R RESOURCES. Dalam erti kata lain update terbaru tentang produk kesihatan DR. R Resources. 


Kalau dulu carl pernah update pasal produk daripada koperasi Doktor R sendiri, hari ni carl update sedikit lagi untuk berkongsi dengan korang semua tentang kebaikan produk Doktor R ini. Memandangkan ada pembaca blog ada yang whatsapp carl menanyakan tentang produk ini, melalui hasil pembacaan mereka terhadap penulisan carl yang dulu "KLIK SINI"  jadi hari ini carl update lagi tentang produk kesihatan terbaru yang dihasilkan oleh Doktor Rais sendiri. 

Selamat membaca, semoga input yang disampaikan didalam entry carl kali ini dapat membantu anda semua. tiada penyakit yang tiada ubat. jadi apa salahnya kita mencuba.

carl dah! anda pula bagaimana?


Okay. 
kalau ada apa-apa pertanyaan berkaitan produk ni , awak boleh :
EMAIL SAYA : tarmiziani95@yahoo.com
whatsapp : 013-6385579


1)       MILAGROS (RM599.90 (500 g) atau RM199 (150 g))



Picture

Milagros adalah minuman berkhasiat yang dirumuskan khas bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Milagros mempunyai fungsi-fungsi khas yang tersendiri kepada badan kita iaitu:


1.      Memberi tenaga
-          Fungsi utama Milagros adalah memberi tenaga kepada tubuh badan agar semua proses tubuh akan dapat berjalan dengan lancar. Tenaga yang disalurkan akan dapat menutup kebocoran pada saluran darah yang menjadi punca kepada masalah kencing manis, gastrik dan luka dalaman .Sekiranya kebocoran ditutup,tenaga atau zat-zat makanan akan sampai kepada organ-organ penting seperti pankreas bagi menjalankan fungsinya seperti normal.


2.      Meningkatkan sel antibodi tubuh badan

-          Milagros membantu untuk memperbaiki sistem imuniti dalam badan. Peningkatan sel anti-bodi akan membantu badan kita lebih kuat untuk melawan sebarang jangkitan penyakit. Apabila sel-sel anti-bodi meningkat, virus dalam sel-sel badan kita akan berkurangan. Disebabkan itu, semua kecederaan termasuklah kecederaan dalaman akan sembuh secara semulajadi justeru melindungi badan kita daripada ancaman mana-mana penyakit. Oleh itu,sel-sel kanser yang merebak juga dapat dihalang dan dimusnahkan. Kebiasaan mereka yang mengamalkan Milagros akan kurang risiko mendapat penyakit berjangkit,demam atau penyakit yang disebabkan oleh virus berbahaya.



3.      Mengaktifkan semula sistem saraf dan juga sistem peredaran darah 
Milagros bertindak untuk mengaktifkan semula sistem saraf dalam badan dan saluran darah sekaligus untuk melancarkan sistem pengaliran darah dalam badan manusia. Selain daripada itu, ia turut membantu untuk menghuraikan dan melancarkan saluran darah yang tersumbat seterusnya melancarkan peredaran darah dan menstabilkan denyutan jantung kita. Masalah saluran darah tersumbat boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit seperti penyakit jantung dan juga tekanan darah tinggi.

 Sesuai diambil oleh pesakit kencing manis, kanser, darah tinggi,sakit saraf, masalah buah pinggang.Khas untuk semua penyakit. Boleh diminum oleh sesiapa sahaja dari kanak-kanak hingga dewasa.






2)      INTRASITIVO DRINK (RM 549.90 (500 g))

Picture

Fungsi utama Intrasitivo Drink adalah untuk mencuci darah. Minuman ini membantu menyingkirkan toksin dari tubuh atau masalah darah kotor yang menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit seperti alergik,buah pinggang.Selain itu, Intrasitivo juga membantu menyingkirkan kolesterol dan lemak yang berlebihan dalam darah. 


Semua bahan tersebut yang tidak diperlukan oleh tubuh akan disingkirkan secara semulajadi (melalui buang air besar dan kecil,peluh). Intrasitivo membantu membuang angin berlebihan dalam badan dan asid urik yang menjadi penyebab kepada penyakit gout. Selain itu lagi, Intrasitivo juga boleh merawat penyakit batu karang kerana minuman ini boleh membantu menyingkirkan batu karang yang berkumpul di dalam pundi hempedu.


Intrasitivo drink membantu suami isteri yang ingin merancang keluarga kerana boleh mencegah kehamilan. Sesuai diambil oleh mereka yang ingin kurangkan berat badan dan mendapat berat badan mengikut BMI. Disyorkan untuk penghidap gout,batu karang, berat badan berlebihan,alergik,buasir.






3)       SINUSCILTY (RM 149.00 (150 g))

Picture

Sinuscilty diformulasikan khusus bagi mengatasi masalah ulu hati. Ia bertindak dengan memecahkan kahak dan lendir yang berkumpul pada ulu hati. Selain itu, Sinuscilty juga boleh merawat penyakit resdung yang biasa hinggalah resdung yang teruk . Sinuscilty juga berfungsi bagi merawat masalah paru-paru berair kerana ia bertindak dengan mengeringkan lebihan cecair di dalam paru-paru. 


Sinuscilty juga boleh membantu menyelesaikan masalah berdengkur dan penyakit asma dengan menyingkirkan semua lendir yang menyumbat dalam saluran pernafasan. Seterusnya membantu sistem pernafasan agar lebih lancar dan teratur.


Permulaan pengambilan Sinuscilty ini,kahak dan lendir akan keluar lebih banyak daripada biasa sehingga habis. Disyorkan untuk mereka yang menghidap resdung,asma, paru-paru berair, masalah berdengkur,masalah ulu hati. Boleh diambil oleh kanak-kanak hinggalah warga tua.







4)       FEMININ (RM949.00)

Picture


Produk ini dihasilkan untuk membantu para wanita bagi menguatkan otot-otot serviks.

 Membantu menstabilkan hormon wanita,membantu mengawal emosi dan mengurangkan jerawat.


Juga berupaya untuk mengawal tempoh pusingan haid serta mengurangkan kesakitan abdomen ketika haid (senggugut) dan melancarkan pengeluaran darah haid.

Ia sangat sesuai bagi pasangan yang inginkan cahaya mata kerana ia membantu memulihkan ovari yang bengkak atau kecut.

Pada yang sama, ia juga bertindak meningkatkan tenaga dalaman wanita serta membantu mengaktifkan sistem saraf dan melancarkan pengaliran darah.

disyorkan untuk wanita yang mengalami masalah kitaran haid,senggugut, sukar mengandung, sakit pinggang, lemah 







5)       MASKULIN (RM 849.00)

Picture

Khusus bg menjaga dalaman lelaki. Dirumus khas untuk membantu kaum lelaki mengaktifkan dan mengawal saiz prostat yang bengkak dan berupaya untuk melancarkan pengaliran darah pada zakar dan keseluruhan anggota badan.

Sangat sesuai bagi pasangan yang inginkan cahaya mata. Ia dapat membantu memekatkan air mani serta dapat melambatkan tempoh ejakulasi(pengeluaran air mani).


Juga berkesan untuk melancarkan peredaran darah dalam badan bagi mengembalikan fungsi-fungsi organ dalaman.

Ia bertindak meningkatkan tenaga dalaman lelaki dan turut membantu mengaktifkan sistem saraf.


Disyorkan untuk lelaki yang mengalami masalah prostat, air main cair,uluran, sakit pinggang,lemah anggota badan, lemah tenaga dalaman, masalah sistem saraf, dan kelesuan.




set-set diatas adalah bagus , untuk mereka yang mengalami masalah yang dinyatakan .
untuk melihat testimoni pesakit , rujuk sini 

place your order now : tarmiziani95@yahoo.com / 013-6385579
saya akan guide awak-awak secara sihat , inshaALLAH dengan izin ALLAH , semuanya akan sembuh . belum cuba belum tahu kan ? 


Saturday, June 20, 2015

CERITA RAMADHAN sebagai BUJANG.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Salam sejahtera semuanya.

Maaf, terlalu lama saya menghilangkan diri dari dunia blog, bukan apa membawa diri jauh ke negeri orang. cewahhhh. padehal lately, saya agak sibuk dengan urusan kerja yang banyak sangat, kursus sana sini sampai sempat blogwalking ke blog orang tetapi tidak sempat untuk mengupdate blog sendiri.


First reason kenapa tak update blog is, saya tak ada kemudahan komputer riba, which is saya terpaksa menghantar komputer riba saya ke kampung untuk kegunaan adik bongsu, memandangkan komputer riba miliknya rosak. abang mithali okay =) so, terpaksalah bw ke blog orang pakai tablet saja.

Okay cerita ramadhan saya, untuk pertama kali selama 20 tahun ini kali pertama saya berpuasa jauh dari bonda saya. Bonda kemain lagi menangis bagai, HAHAHAHA. tapi saya tahu, tangisan itu tangisan kerisauan, tiap kali call tiap kali dia nangis.


Saya sendiri pun, agak janggal dengan tahun pertama berpuasa di perantauan tanpa ibubapa. Sedih okay, duduk di tempat orang dah takda dah orang nak sediakan juadah berbuka, dah takda dah orang nak kejut sahur.


Kalau dulu, sehari puasa dapat seringgit okay =D Upah ! mueehehhe
tapi sekarang rasa tak best, bukan tak best berpuasa. puasa sangat best cuma PERASAAN tu lain sikit kali ni. saya sendiri pun tak tahu nak cakap acane. tapi memang lain ah. sumpah cakap lain.

20 tahun umur, tak pernah lagi jauh dengan mak. orang lain lepas spm berdesup keluar pergi jauh jauh, macam saya dapat offer u lepas spm tak pergi tapi masuk form6 konon nak dekat dengan mak, last last dapat kerja amekaw hantar jauh okay.


Sekian lah. salam ramadhan dari saya. apapun, selamat berpuasa ya semua pembaca setia blog ni =)


Ikan tongkol masak kicap bujang, lauk pertama sahur. ditambah dengan lauk lauk lain.



 Ayam percik versi temerloh, rasa dia tak sedap tapi saya tetap sukakan ayam percik mak saya yang kuah lemak tu =)




 Daging goreng versi bujang =D



 Maggi special dari air tangan abang saya, masa tu lepak dekat rumah dia. okay pukul 12 malam masak maggi okay kuikuikui =)



 kuih lopez. hahahaha macam nama orang putih lopez. ni first time makan muehehehehe =)

selamat bersahur semua. semoga puasa tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. salam sayang.
xoxo : carllesmana