Thursday, July 30, 2015

INIKAN RAYA #CARLLESMANA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam sejahtera semuanya, lamanya tidak bersua diruangan blog kesayangan ini, yelah mana tidaknya zaman sekarang zaman tekan tekan dekat handphone tambahan pula laptop tinggal dekat kampung, jadi blog dibiarkan tidak terupdate. 


Saya pohon berjuta kemaafan sebab saya baca traffic blog ni selalu bergerak, Alhamdulillah. mesti korang frust kan sebab blog ni tak terupdate?


Okay, saya cerita kisah raya saya ya. Raya tahun ini adalah raya paling tak best, sebab ini tahun pertama beraya berjauhan dari bonda selama 20tahun menjalani kehidupan. yes i'm 20 ok, coming this novermber i'll be turning officially 20year old, sebab tahun ni saya terpaksa bekerja pada hari raya pertama dan kedua serta raya ketiga, tapi raya ketiga tu dah berdesup balik kuala terengganu. Alhamdulillah.


Actually for this raya, saya tak kesunyian pun, memandangkan saya dipostingkan di negeri pahang,di daerah jerantut. maka malam raya tu saya amek keputusan drive balik kuantan rumah mamalong saya. So, sempatlah rasa rendang ketupat tu. Kalau tak, raya sensorang la dekat rumah bujang saya ni =).


Alhamdulillah juga, tahun ni jugak merupakan tahun pertama beraya sebagai seorang tunang orang. haha =) alhamdulillah perkenalan 4 tahun bersama pasangan membawa ke ikatan pertunangan, memandangkan saya pun dah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan di usia muda disamping menyambung pelajaran, so parent Alhamdulillah on =) TAPI tak dapat beraya bersama pun sebab tunang beraya di negara orang memandangkan tunang merupakan pelajar jurusan kedoktoran, ini tahun dia pun raya jauh dari keluarga. so tak la rasa kecewa sangat tak dapat balik kampung on first eid pun.



Okayla, tak nak cakap banyak-banyak. ni pun memandangkan kena oncall malam ni, kerja malam so lepas setel kerja boleh la geledah blog sekejap muehehe. selamat hari raya , maaf zahir dan batin =)



menu on pagi hari raya, simple sebab mamalong tak balik kampung jugak. tapi alhamdulillah sebab dapat rasa jugak la ketupat rendang bagai even this is my first year being as PERANTAU.



and the most touching thing is, ini raya pertama raya di perantauan, pagi raya tu cousin which is 2 pupu saya bawa saya jumpa adik kepada arwah atok saya. ya Allah, selama 20 tahun hidup ni first time jumpa atok saudara. okayla, memandangkan saya ni cucu yatim piatu, so dapatlah rasa nikmat raya dengan atok saya ni untuk pertama kalinya.

gambar raya dekat kuantan maafler, tak dapat nak up dekat blog ni sebab demi menjaga aurat sepupu sepapat. sebab ada gambar tak bertudung.

petang tu, lepas zohor/jumaat terus drive balik jerantut balik. sebab kena masuk shift petang. sedih ok =(



amekaw, memandangkan inikan raya, petang tu sampai genggeng bertugas ajak pergi beraya rumah kenkawan office. terasi jugak raya saya. walaupun hati jauh nun di besut, terengganu.







ni, part bila dah sampai besut. raya keempat okay. padehal ni firstday kot saya nak beraya di besut, tetapi kengkawan study dulu dah booked awal-awal untuk jenjalan raya.

first stop is, rumah atiqah. which is semuorang berkumpul dekat rumah tikah. menanti saki baki geng geng raya sakan untuk beraya.


selfie. yang gadis gadis tu bakal-bakal guru, bakal bakal penuntut di USM. yang dua jejaka ni, saya aka pekerja sosial dan yang muka terpampang kat depan ni MA Hazazi. bestfriend itew =D



port pertama adalah rumah teacher maznah. sampai jer ajak photoshoot dulu, actually banyak gambar sempat dirakam dslr saya, tapi memandangkan saya nak pendekkan cerita, saya amek mana-mana yang penting sahaja. masa ni mula-mula sampai lepak rumah teacher sambil makan kuih raya, lepastu terus ke anjung bahtera teacher dekat belakang rumah teacher. kitorang raya dengan dughiannnn. subhanallah best sangat.






the next day is, kitorang ke majlis perkahwinan abang batchmates kitorang syazwani yang saya suka panggil aning ahahaha. kat sini lah ramai sikit dapat jumpa tu pun half 1 per 4 pun tak sampai.


on the next day, memang sah sah la mak ajak balik kampung kitorang dekat kuala terengganu. first stop pagi tu rumah makteh tapi tak sempat nak snap gambar, then rumah ayahlong which is near to pantai batu buruk. kemain kau selfie kat tingkat atas rumah ayahlong sambil ditemani angin sepoi-sepoi.
selepas berhari raya di kuala terengganu, sepulangnya dari terengganu, kami dua beradik singgah pula beraya dirumah teacher noormah aka mentor saya semasa study dulu, ataupun blogger SIMPLE@WONDERFULL korang tu.



part yang saya tunggu adalah hari seterusnya iaitu raya di sekolah, walaupun saya ni bukan lagi pelajar sekolah saya cinta mati sama saya punya sekolah. pendek kata kalau balik cuti, memang wajib pergi sekolah sebab nak tengok sekolah.

ni adik lelaki saya yang berbaju koko dan biru tu sepupu saya.



paling sempoi, kawan-kawan saya pun join selfie juga kat bawah ni muehehe =)






gambar bersama guru bahasa melayu tingkatan enam puan mazitah.





yang baju hitam ni adik angkat zaman sekolah dulu, kitorang sesama jadi librarian. yang baru hijau classmates adik saya but we both sangat rapat.




and of course la my favourite teacher is here. aboh. aka cikgu mazlan, cikgu geografi semasa di tingkatan enam. sungguh saya banyak belajar tentang kehidupan sebenar melalui cikgu mazlan.




bestfriend saya, teacher kesayangan . teacher izuani.


dan dekat bawah ni, idola saya. cikgu fariza nurbaya alah blogger guru yang femes tu. dia merupakan cikgu saya.

-
-
-
-
-
last sebelum tamat menulis, nah selfie reramai berlatarkan anak murid. kalau jumpa carilah saya.





thankyou for spending your time read my post. i really appreciate it <3

No comments: