Tuesday, April 7, 2015

GORENG PISANG CHEESE | PISANG GORENG CHEESE

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Assalamualaikumwarahmatullah.

Lama gilaaaa (buat bunyi) tak update blog picisan ni. Alhamdulillah malam ni diberi kerajinan nak update. Okay, malam ni aku nak share dekat korang resipi pisang goreng cheese yang femes amous aritu. 


Entri ni sepatutnya bulan lepas lagi aku update tapi tup tup sehari demi sehari dah masuk april dah. aku kenal rasa pisang goreng cheese ni pun kes orang yang bawakkan. btw aku kerja dengan social department bahagian warga emas, ada lah satu hari tu.ceritanya begini =D


masa aku outstation dengan aku punya staffnurse, driver kitorang bawak singgah dekat satu gerai pisang cheese ni, sumpah aku makan aku rasa loya nak keluar balik. oh okay aku tak nak mention gerai tu, tak baik canang rezeki orang. hahaha . oh okay, dia punya pisang cheese tu kan dia letak betul betul cheese lepastu coklat cair. sumpah tak sedap! aku rather makan gorengs pisang dengan sos. hahahaha


so, satu hari ni lepas aku habis kursus dekat kuantan, aku balik rumah maklong aku. dalam perjalanan amek sepupu aku, aku cakap maklong nak goreng pisang cheese, maklong cakap takyah beli. dia suruh sepupu aku tu buat sendiri, katadia lagi best. hahaha

oh okay nah menu. anyway goreng pisang yang aku dengan sepupu aku buat bapak aaaa best. pakai campak-campak je deknon oi. selamat mencuba eh.



BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG

(i)  Sesikat Pisang (entah nama pisang tu aku tak tahu, yang aku tahu pisang)
(ii) Menu asal sepatutnya = 4 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar tepung beras sebiji telur
tapi aku prefer guna tepung goreng ayam adabi sebab nak senang =) malastahapnanhadoooo.
(iii) sepotong kecik butter
(iv) secubit garam
(v) minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING

Keju cheddar(diparut)
1/3 tin susu pekat manis
satu sudu kecil butter

CARA-CARA

1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), 
Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.

2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).

3.  Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut dan sedikit susu pekat manis.


4. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.


 Pergi kedai beli pisang, kedai tutup hahahahahahahaha
pisang tu ala-ala macam ni, alah pisang yang boleh buat goreng pisang aaaaaa. hehe



Siat-siat kerat 14 pisang tu, eh tak =P. Potong dua bahagian setiap satu pisang. eh lupa penjodoh bilangan bagi pisang ekeke.



 Kacau tepung yang jenis aku mention dekat atas tu, macam aku gunakan tepung goreng adabi tu. kacau sampai rasa best gitu.




 tak cukup? tambah kasi cukup. biar ngam dengan kita punya pisang tu nanti.




 Celupkan pisang tadi ke dalam tepung yang dah kita kacau tu. erkk? kacau eh. aku tak tahu apa nama saintifik kacau hahaha.




Panaskan kuali, lepastu masukkan minyak. masuk macam mana nak menggoreng something tu.





 nampaknya pisang pun sudah digoreng, jadi kita ke next step iaitu topping!

|
|
|
|
|
|
|
|





UNTUK TOPPING.
panaskan another kuali, lepastu masukkan buttercups tu. tambah selagi rasa tak cukup. kacau bagi cair and melting gitu.. lepastu tambah susu pekat manis and kacau biar nampak perghhh.

rujuk gambar bawah k. sebab aku tak reti nak describe. maybe kau orang boleh faham sebab gambar dah letak ikut susunan ni.



 k. faham tak? aku potong 1/3 dari butter ni sebab nak kasi banyak sikit.





 then, tambah susu pekat. so jadi macam ni.




 pisang yang telah digoreng tadi sejatkan dalam bakul berlampikkan tisu. tunggu hingga minyak hilang.

sediakan pinggan.

letak macam gambar kat bawah. maaf deco tak cantik langsung. sebab sekali goreng sekali makan. well aku kan ?

ni pisang yang lepas goreng susun dalam pinggan, lepastu letak topping tadi tambah cheese parut. perghh. aku ingat lagi rasa tak sedap cheese parut dengan coklat cair. sumpah tekak aku takleh terima, tekak engkorang lain citer aaaa.





then ini keputusannya! selamat mencuba. last gambar amek dengan handphone. tak cantik aaaaa.





selamat mencuba, terima kasih sudi baca.