Tuesday, October 6, 2015

#BERSYUKUR

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersyukur.
Dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari, sering timbul dalam kotak pemikiran kita merasa kurang puas dengan keadaan kita saat ini, mungkin kita merasa kecewa kerena apa yang kita harapkan belum sesuai dengan kenyataan yang kita terima. Kadang kala ketidakpuasan kita dengan keadaan dan kehidupan kita sekarang seringkali menjadikan kita merasa kurang berghairah dan tidak bersemangat, lesu dalam bekerja dan dalam menjalani kehidupan, bahkan yang paling parah bila kita mengingkari rahmat kasih sayang Allah SWT dan berburuk sangka pada-Nya. Sungguh kita termasuk orang-orang yang tidak pandai bersyukur.


Seperti saya sendiri.
Mungkin saya juga tidak tersenarai dalam orang yang bersyukur dengan nikmat-nikmat yang saya perolehi sekarang. Duduk termenung selepas mengemas rumah. betapa saya tidak bersyukur dengan rezeki yang saya ada.


Allahhuakhbar.
Pertama, saya sedar kesilapan saya. saya tidak bersyukur dengan nikmat kehidupan yang mana saya ada sekarang. Bangun-bangun pagi dapat menjalani kehidupan dengan baik, manakala di negara-negara luar sering kali kedengaran ada yang tidak dapat tidur malam. Tapi saya? Allahhurabbi. bangun seperti tidak ada apa-apa, sekarang terasa bagai tersedar dari mimpi yang lama. jadi marilah kita bersyukur dengan nikmat yang kita ada.


Saya? dapat memasuki dunia pekerjaan sektor awam/kerajaan di usia muda seawal umur 19tahun, yang mana kawan-kawan seumur dengan saya masih bergalak sakan berbanding saya yang terpaksa noreh demi sesuap nasi gitew. tapi saya mungkin tamak kerana mungkin saya rasa saya masih perlu sambung belajar dan TIDAK bersyukur diatas kurniaan Allah yang mana saya dapat kerja diusia muda, tetapi atas permintaan bonda saya teruskan alam pekerjaan saya... KEBERKATAN. okay, saya kupas tentang keberkatan, apabila saya di alam pekerjaan yang mana mak sangat mahu saya dapat berkhidmat dalam sektor awam. Baru-baru ini, saya ada beberapa peperiksaan sebelum disahkan dalam jawatan, yang saya pelik lagi aneh. saya jawab exam tu "nak tak nak" sahaja. Sebab saya tak rasa jiwa saya sebati dalam dunia kerja di usia muda. dan memang tidak pernah bercita-cita mahu bekerja di usia muda. tapi mungkin berkat DOA IBU yang tersangat mahukan anaknya dapat pekerjaan diusia muda alhamdulillah semua exam yang saya hadapi saya lulus dengan jayanya. kadang saya seperti bermimpi. kerana saya akui saya tak berapa nak cerdik dalam pelajaran.



tetapi bila lama-lama fikir, ya Allah betapa tak bersyukurnya aku kerana saya fikir nasib saya tak baik. baru-baru ni. saya ada menerima tawaran IPTA lepasan STPM. saya give up juga pada awalnya kerana saya terpaksa memilih pekerjaan atau universiti. pada awalnya saya memilih untuk ke IPTA kerana course yang bagus. tapi setelah solat hajat dan isthikarah dilakukan, saya rasa hati saya seperti memilih untuk teruskan pekerjaan, lama kelamaan saya menolak tawaran universiti tersebut. setelah beberapa kian berlalu, barulah saya terfikir. " YA ALLAH TIDAK BERSYUKURNYA AKU " dengan pekerjaan yang saya ada sekarang, sedangkan insan lain yang dah hampir 30an masih tercari-cari pekerjaan. tapi saya Allah permudahkan diusia muda saya dapat kerja tetap. pasal pelajaran pula Allah permudahkan saya menyambung pelajaran sebagai pelajar jarak jauh PJJ. Alhamdulillah dipermudahkan.


Dari segi lain pula, saya bersyukur kerana saya dipostingkan jauh dinegeri orang walaupun setiap hari dipenuhi dengan kerinduaan. Saya bersyukur kerana apabila berjauhan dari bonda saya belajar melakukan semua perkara sendiri. daripada A sehinggalah Z. dari segi memasak hinggalah ke basuh pakaian kemas rumah semua. pergi pasar bagai. kadang tu ada juga rasa sunyi tanpa bonda, tapi saya percaya setiap percaturan Allah, pasti ada hikmah disebaliknya. kadang saya rasa antara yang bertuah juga kerana mempunyai bonda yang sangat mengambil berat akan anaknya. 

betullah pepatah berkata " kita akan hilang doa yang sangat berharga apabila ibu bapa kita meninggal dunia, kerana ibu bapa kitalah antara orang yang mendoakan kita selalu " terima mak.


begitu juga anda semua. bersyukurlah dengan segala apa yang anda ada sekarang, Allah dah aturkan segala-galanya sejak kita dari kecil lagi.

nah ini dia gambar latest CARL LESMANA. penjawat awam muda gitew. anyway saya bekerja dalam bidang sosial. dan bakal menyambung ijazah dalam bidang sosial juga. 2015 saya baru 20tahun. jangan cakap saya tua tahu. 






dibawah ini pula cinta hati saya hingga nafas terakhir saya, bonda tercinta yang banyak bagi sokongan kepada saya serta amanah (seorang adik) yang perlu saya jaga. saya ada sorang sahaja adik.


gambar guna telefon memang macam ni. kurang berkualiti. tapi janji kenangan tu ada.
Follow instagram saya : @CARLLESMANA atau @CARLLESMANA.CO


Sekian terima kasih.