Saturday, January 23, 2016

Salam 2016.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Astagfirullah, apakah aku sudah lupa tentang kewujudan dunia blog milikku ini, sesungguhnya aku terlalu sibuk untuk meluangkan sedikit masa menulis di blog picisan ini. Alhamdulillah hampir 6 tahun usia blog picisan ini. terima kasih kerana masih sudi menyinggah di ruangan ini dan terima kasih kepada pembaca yang sentiasa bertanyakan bila akan terupdate blog ini.

sudah bersawang blog ni--


untuk yang bertanya adakah aku lupa tentang kewujudan blog ini , jawapannya adalah TIDAK sama sekali. aku masih sentiasa bersama blog picisanku ini, tapi dek kerana terlampau sibuk dengan tugas tidak tercapai untuk aku meluahkan setiap bait kata kata yang terpendam.


Serius aku katakan, setiap kali aku cuba untuk fokus dan mengupas idea untuk menulis, pasti akan ada halangan, yang mana halangan tidak dapat dielakkan. Allahhurabbi.

Masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru, =D ini post pertama ditahun 2016. semoga 2016 akan lebih bersinar berbanding tahun yang berlalu. semoga sentiasa berada didalam rahmatnya. amin

post at : 02:58 AM , nanti update lagi. tidur dulu. hiks.