Saturday, June 25, 2016

BUNNYSTER CAFE ( PART 1)


Assalamualaikum and hyeeeeee kepada pembaca setia serta sahabat-sahabat blogger.
Lama sungguh menyepi dari dunia penulisan.

Hari ni carl nak buat blog review tentang satu cafe memang menjadi salah satu cafe kegemaran carl sepanjang berada di terengganu. Memandangkan sekarang carl bekerja di negeri pahang, jadi apabila carl pulang ke kampung di besut, cafe ni menjadi port untuk meluangkan masa carl bersama family. Disamping harga yang berpatutan, menu yang disediakan sangat sedap  ! thumbs up lah gitew.

Okay let's start it.
Actually cafe ni menyediakan menu menu ala hipster. Carl nak describe panjang-panjang pun tak reti sangat, memandangkan carl selalu pergi untuk bersantap di cafe ini (ayat alaaa raja gitew) jadi carl share dengan korang menu menu yang ada di BUNNY STER CAFE ni.

Untuk part kali ni. Carl directkan kepada gambar which is gambar dari Akaun Facebook milik BUNNY STER CAFE sendiri bagi entri part 1, dan akan disusulkan dengan part 2 gambar daripada carl sendiri. Based on pengetahuan carl, cafe bunny ster ini diusahakan oleh sepasang sejoli dua cinta gitew, Puan Shira Aseth dan Suami beliau Encik Aseth Shira.


So, if korang bercuti ke terengganu ke, ke pulau perhentian besut ke, ke mana-manalah di terengganu boleh la singgah santai-santai di cafe ni. Nak buat birthday party pun boleh.

Lokasi : 
Bunny'ster Cafe
FACEBOOK : BUNNYSTER (klik pada link)
INSTAGRAM : @bunnystercafe
ALAMAT : 829-B Jalan Khejing Kg tok has, Bukit Puteri Jertih
Waze : BUNNYSTER CAFE
Untuk tempahan :09-690 4740

Untuk entri kali ni, carl share sedikit gambar sebagai pencerahan tentang BunnySterCafe ni, untuk gambar atau menu lanjut korang boleh refer instagram @bunnystercafe dan terjah akaun facebook mereka. Carl sendiri pun tak leh tahan jugak tengok gambar gambar ni, mahu meroyan gamaknyaaaa teringat kesedapan menu menu di cafe ni.


Firstly korang masuk ke cafe ni, korang akan dapat tengok view wall yang cantik amatttt ini.


Okay, carl letak sekali gambar owner, puan shira yang berbaju hitam bertudung biru sambil dukung putera bunny beliau.




kat cafe ni, korang boleh dapatkan pelbagai jenis dessert yang marbeles gitew.



Beef steak bunny.



Lamp Chop sedap !



Wafer Ice Cream Chip : RM6.00



Classic Magnum : RM7.00







Chicken Chop Blackpepper : RM7.00












Injection Hot Chocolate : RM4.00


Untuk kategori kek pula, mereka menyediakan kek kek seperti dibawah, btw ni gambar carl tak letak semua k, korang kena terjah sendiri cafe ni kalau nak pekena kek kek yang superb gitew.

Mille Crepe Cake : RM8.00












Sekian terima kasih. thankyou for spend your time enjoying my reading.