Friday, June 2, 2017

SEKIAN LAMA


Assalamualaikum and hye.

Ya Allah sekian lama tak menulis, jari terasa janggal pula untuk menekan papan keyboard laptop. Ya sekian lama, mungkin membawa diri, mungkin juga menyepikan diri, sebenarnya kesibukan yang melanda diri membuatkan saya tak sempat nak menulis di ruang ini.

Kenapa kembali menaip?
31 Mei 2017, saya ada peperiksaan Bahasa Malaysia IV kertas khas Universiti Sains Malaysia, on that time masa nak jawab soalan esei tu, kepala jadi bingai seketika, tangan jadi kaku untuk menulis, idea bercampur aduk.

tak macam zaman sekolah dulu, kalau paper BM saja terus ligat, memandangkan sentiasa berkarya di blog picisan ini.

ramai juga pembaca dan sahabat sahabat blogger yang menanyakan tentang blog ini, memandangkan sekian lama tidak terupdate. sekali lagi lagi mohon maaf.

okay
masa tengah exam BM tu terdetik dalam hati,
" I WAS BORN TO BE A BLOGGER " tapi kalau bakat sebagai penulis tidak diasah atau bakat yang sedia ada dah ada tapi tidak dipraktikkan boleh tenggelam juga, so sebab saya tak nak bakat menulis saya terpadam begitu sahaja. i'll be back for a sure.

Selamat berpuasa <3

pfttt : gambar selepas selesai menjawab exam BM di Intec, Shah Alam


1 comment:

Fyda Adim said...

yeahhhh...welcome back...teruskan menulis...