Tuesday, May 7, 2019

PENULISAN PERTAMA 2019 | SALAM RAMADAN

Assalamualaikum


Sekian lama aku meninggalkan dunia penulisan, hampir 4 tahun aku slowdown dalam dunia penulisan memandangkan aku terlampau sibuk dengan kerja azali aku.

Janji manis seorang AKU untuk sentiasa update blog terkubur begitu sahaja ditelan waktu sehari demi sehari.

Belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa buat sesiapa sahaja yang singgah pada penulisan aku pada kali ini, aku tidak mahu berjanji bilakah waktu seterusnya untuk aku update penulisan aku. Sesungguhnya aku sedari, waktu amat mencemburui.

2018 dan 2019, tahun yang banyak mengajar aku erti jatuh bangun sebuah kehidupan. Dengan liku liku kehidupan memasuki tahun ke 6 sudah pada tahun 2019 berada di daerah orang dan masih berulang dari Negeri Pahang ke daerah Besut di Terengganu.


2019, awal tahun aku dikejutkan oleh berita pemergian arwah nenda kembali ke negeri abadi, pada saat itu saat dimana aku berada di dalam kampus universiti meneruskan pengajian pjj aku, saat tu aku jatuh umpama hilang separuh nyawa, tapi aku redha sebab Allah lebih sayangkan nenda.

Ramadan tahun ni umpama hambar sebab sangat terasa sebuah kehilangan, kehilangan yang mana pergi takkan kembali, sekarang aku dah faham apakah yang dimaksudkan dengan perpisahan kekal/mati. Apapun, hidup perlu diteruskan. kerja harus jalan macam biasa. belajar pun perlu diteruskan, tanggungjawab sebagai anak pun perlu diteruskan.


Apapun selamat berpuasa semua,
malam ni entri bersifat peribadi gitu hehe =)

Masa  ni tokwan warded, and lepas beberapa hari tokwan boleh discharge. masa ni beberapa hari sebelum aku masuk kampus di usm penang, rasa down sangat. tapi Allah lebih sayangkan arwah.



bersama mak, masa ni mak baru lepas operation mata awal tahun 2019.

thanks for reading