Wednesday, May 20, 2020

JAKUN | COMEBACK | DAH TAHUN 2020


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak tahun 2019 lagi aku berjanji nak kembali menulis, tapi kesudahnya bersawang blog aku sampai ke hari ni. Entah aura apa aku tetiba TERASA RAJIN nak ushar blog sendiri setelah sekian lama. 2020 sudah memasuki pertengahan tahun. Malahan 2020 pula seluruh dunia dikejutkan dengan musuh yang tak dapat dilihat iaitu CORONA.

Aku? Masih sama seperti dulu, mungkin karakter dan susuk wajah sudah berubah. Mana tak, dulu last aku rajin menulis adalah pada tahun 2014. Lepas ja aku masuk alam pekerjaan, alam sambung belajar semua, dan diikuti peredaran masa, semuanya tinggal kenangan.

Menjadi blogger adalah satu kebangaan pada diri aku. Apa yang aku merapu tahun demi tahun, dulu punya cerita tersimpan rapi dalam blog ni.

2020- Alhamdulillah, sudah masuk tahun ke 6 aku dalam bidang kerja dan tahun keempat di pengajian peringkat sarjana muda. Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Jatuh..... lepastu bangun.... lepastu jatuh balik..... kehilangan orang yang aku sayang. last entri aku sebelum ni tentang arwah tokwan.


Jujur cakap, semakin besar semakin banyak halangan dan ujian yang harus ditempuh sendiri. Bila dah dewasa dan start ada komitmen sendiri banyak benda kena fikir, otak pun lama-lama tingtong muehehe. Dengan kerja lagi, jumpa manusia pelbagai jenis ragam kadang kala menganggu gugat juga.

Tapi satu je kena pegang, ini perjalanan hidup kita. Pahit ke manis ke perjalanan perlu diteruskan.

So, itu sajalah mukadimah 2020. kahkahkah.
Nanti jumpa lagi dalam next entri. duduk rumah. 

Nahhhhh. gambar dekat bawah lanje sikit sepanjang PKP ni study online, dengar jelah apa lecturer aku bebel
 

Tuesday, May 7, 2019

PENULISAN PERTAMA 2019 | SALAM RAMADAN

Assalamualaikum


Sekian lama aku meninggalkan dunia penulisan, hampir 4 tahun aku slowdown dalam dunia penulisan memandangkan aku terlampau sibuk dengan kerja azali aku.

Janji manis seorang AKU untuk sentiasa update blog terkubur begitu sahaja ditelan waktu sehari demi sehari.

Belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa buat sesiapa sahaja yang singgah pada penulisan aku pada kali ini, aku tidak mahu berjanji bilakah waktu seterusnya untuk aku update penulisan aku. Sesungguhnya aku sedari, waktu amat mencemburui.

2018 dan 2019, tahun yang banyak mengajar aku erti jatuh bangun sebuah kehidupan. Dengan liku liku kehidupan memasuki tahun ke 6 sudah pada tahun 2019 berada di daerah orang dan masih berulang dari Negeri Pahang ke daerah Besut di Terengganu.


2019, awal tahun aku dikejutkan oleh berita pemergian arwah nenda kembali ke negeri abadi, pada saat itu saat dimana aku berada di dalam kampus universiti meneruskan pengajian pjj aku, saat tu aku jatuh umpama hilang separuh nyawa, tapi aku redha sebab Allah lebih sayangkan nenda.

Ramadan tahun ni umpama hambar sebab sangat terasa sebuah kehilangan, kehilangan yang mana pergi takkan kembali, sekarang aku dah faham apakah yang dimaksudkan dengan perpisahan kekal/mati. Apapun, hidup perlu diteruskan. kerja harus jalan macam biasa. belajar pun perlu diteruskan, tanggungjawab sebagai anak pun perlu diteruskan.


Apapun selamat berpuasa semua,
malam ni entri bersifat peribadi gitu hehe =)

Masa  ni tokwan warded, and lepas beberapa hari tokwan boleh discharge. masa ni beberapa hari sebelum aku masuk kampus di usm penang, rasa down sangat. tapi Allah lebih sayangkan arwah.



bersama mak, masa ni mak baru lepas operation mata awal tahun 2019.

thanks for reading



Tuesday, September 11, 2018

SALAM MAAL HIJRAH 1440H : NEW BEGINING

Bismillahhirahmanirrahim.

Assalamualaikum and hye peep.
Since dah lama tak menaip, and start menaip jarang- jarang ni rasa awkward nak menulis. muehehe


Setelah sekian lama meninggalkan blog ini gantung tak bertali bertahun tahun selepas start masuk dunia kerja, plus sambung belajar. akhir akhir ni saya kembali menulis secara "kadang-kadang" di ruang penulisan ini. umpama gantung tak bertali dan kembali nak rujuk. muehehe. apapun blog ini adalah a part of my life, walaupun jarang update saya selalu sahaja blogwalking baca penulisan rakan-rakan.


Apapun.
Selamat Tahun Baru Hijrah


              

Selamat tahun baru Islam 1 Muharram 1440 H. 
Semoga amal ibadah selama 1 tahun ini diterima dan dibukakan pintu amal yang baru.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita dapat hijrah dengan bertambahnya kebaikan dan amal kita didunia ini untuk bekalan kita.



Thankyou for reading this entry =D

Friday, August 24, 2018

Jemputan ke "Long Call Day"

Assalamualaikum 

Hari ini aku kembali menaip setelah sekian lama meninggalkan blog kesayangan sekian lama, bukan setakat bersawang malah berhabuk =P haaaaa tepok . muehehe.


Okay kembali kepada tajuk utama, semasa aku datang ke bangi untuk berkursus di Klang, Kursus Penjagaan Kanak-kanak di Bengkel Daya, Klang aku menerima undangan bagi menghadiri long call day untuk anak sepupu aku, which anak kepada sepupu tetapi sedikit berusia daripada aku. ecece nak jugak muda, hikhikhik. Majlis tu berlangsung di Makhamah Tinggi Shah Alam.


Aku kursus di klang selama 4 hari iaitu pada 13 hingga 16 Ogos 2018, dan tarikh bagi long call day tu adalah pada 17 Ogos 2018. aku sebenarnya tak tahu pun apa long call day ni , sebab aku expect perlantikan peguam macam tu je kot, cuma yang aku tahu ianya dijalankan di dalam makhamah. sebab kak balkis iaitu anak sepupu aku ada la jugak terangkan apa apa yang patut untuk long call day tu.




Masa tunggu Hakim Makhamah Tinggi untuk majlis bersidang, aku sempat la google amenda la long call tu di blog ni. 

"Long Call" ni adalah upacara penerimaan masuk pelajar undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara. Dalam masa yang sama saya jumpa perkataan-perkataan seperti mover (penggerak), robe (jubah) dan heel (kasut tinggi). "

selepas google amenda semua, oh aku baru tahu majlis tu majlis formal untuk perlantikan para peguam sebagai peguambela dan peguamcara. 


Majlis tu berjalan lancar, seperti yang dirancangkan. cuma aku speechless sebab itu pertama kali aku dijemput untuk menghadiri long call day, masa masuk makhamah tu terasa la aura aura berjumpa dengan orang hebat sebab masa majlis tu, turut sama dilantik sebagai peguamcara dan peguambela adalah Hakim Makhamah Sesyen Datin Nursinah Adzmi isteri kepada Peguam Sultan Selangor (sila google siapa peguam sultan selangor) heeeehe. baca sini

Masa hakim umum yang dilantik itu adalah seorang Datin dan juga seorang Hakim, aku lagilah speechless. rasa macam woarghhhh. hebat gila kot. terus damnnnn , aku nak kejar dunia perundangan jauh lagi kot. apapun tahniah buat Hakim Makhamah Sesyen tersebut. tak lupa juga TAHNIAH buat anak sepupu aku Siti Balkis Abd Razak diatas perlantikan sebagai peguambela dan peguamcara. Penantian selama ni sudah berakhir, akhirnya hari yang ditunggu berlangsung juga.




Masa mover kak balkis baca biodata kakbalkis and mover tersebut ada mention nama aku sebagai orang orang penting dalam kehidupan kakbalkis aku jadi macam woarghhh. my name were mention during the admission.

Okay dah. malas nak tulis panjang panjang.
update ni sebab lama sangat tinggal blog, nanti orang cakap aku blogger lupa diri sebab tinggal blog ni lama sangat muehehe.







Thankyou for reading this entry =D